Sunday, May 19, 2024
33 C
Brunei

    -

    Delegasi BAGO adakan lawatan kerja ke Mahkamah Syariah

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 MEI – Mahkamah-mahkamah Syariah, Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Perdana Menteri (JPM), hari ini, telah menerima kunjungan lawatan kerja daripada delegasi Pejabat Peguam Negara Bangsamoro (BAGO) di Dewan Serba guna Mahkamah Syariah, Bangunan Mahkamah Besar dan Mahkamah-Mahkamah Syariah.

    Delegasi diketuai oleh Ketua Bahagian Penyelidikan dan Pendapat Undang-undang BAGO,
    Peguam Najirah P. Masacal – Moslem.

    Ketua Hakim Syarie, Yang Amat Arif / Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar mengalu-alukan delegasi BAGO.

    Turut serta mengalu-alukan delegasi ialah hakim-hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Yang Arif Haji Hassan bin Haji Metali dan Yang Arif Haji Muhammad Bahrin bin Haji Alias; Pemangku Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah, Pengiran Mohammaddin bin Pengiran Haji Aliakbar, serta beberapa pegawai kanan dari Mahkamah Syariah dan Jabatan Kehakiman Negara.

    Pada lawatan itu, delegasi telah dibawa ke beberapa bahagian perkhidmatan di Mahkamah Syariah dan bilik perbicaraan Mahkamah Rendah Syariah.

    Delegasi juga berpeluang mendengar taklimat ringkas berhubung Mahkamah Syariah dan mengadakan perbincangan dua hala bersama Yang Amat Arif/ Yang Berhormat Ketua
    Hakim Syarie, hakim-hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan pegawai-pegawai kanan serta berpeluang bertukar-tukar pandangan dan berbincang berhubung perkara berkaitan yang mempunyai kepentingan bersama bagi kedua-dua negara yang diharapkan akan dapat membentuk pengalaman yang akan dapat mengeratkan hubungan antara Brunei Darussalam dan Republik Filipina.

    Yang Amat Arif / Yang Berhormat Ketua Hakim Syarie menerima cenderahati daripada delegasi BAGO. – Gambar serahan Mahkamah-mahkamah Syariah

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...