Friday, May 3, 2024
29.8 C
Brunei

    -

    Vingegaard menang peringkat ketiga Tour Croatia

    PARIS, 30 SEPT – Juara Tour de France, Jonas Vingegaard berjaya meraih kemenangan pada peringkat ketiga Jelajah Croatia semalam untuk naik ke tempat kedua dalam kedudukan keseluruhan.

    Vingegaard, 25, dari Belanda, bersaing dalam perlumbaan pertamanya sejak memenangi Jelajah pada Julai, menewaskan pelumba Britain Oscar Onley selepas perlumbaan sejauh 157 kilometer dari Sinj melalui Split ke Primosten.

    Jelajah berakhir dengan pendakian sepanjang 1,500 meter, sebahagiannya dalam kerikil dengan sebahagiannya pada kecerunan 20 peratus.

    “Ia adalah penamat yang amat sukar, tetapi kayuhan yang cukup bagus,” kata Vingegaard.

    “Prestasi sudah ada jadi saya hanya akan mencuba untuk mendapatkan jersi keseluruhan. Saya sangat gembira dengan keadaan fizikal saya sekarang.”

    Matej Mohoric dari Slovenia menduduki tempat ketiga dengan pendahulu keseluruhan Jonathan Milan dari Itali di tempat kelima.

    Vingegaard dari Jumbo-Visma kini hanya satu saat di belakang Milan, pelumba Bahrain-Victorious berusia 21 tahun yang memenangi dua peringkat pembukaan.

    Juara Tour de France 2018 Geraint Thomas terus bergelut, menamatkan masa lebih empat minit di belakang Vingegaard, yang menyasarkan untuk bersaing dalam Jelajah Lombardy sehari pada 8 Oktober.

    Peringkat keempat hari Jumaat adalah perjalanan sejauh 219 kilometer ke utara di pantai Dalmatian dari Biograd na Moru ke Crikvenica. Perlumbaan akan berakhir pada Ahad di ibu negara Zagreb. – AFP

    Aksi penunggang melintasi Jambatan Sea Cliff semasa perlumbaan jalan raya lelaki elit pada kejohanan berbasikal jalan raya dunia di Wollongong, Australia, 25 September 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

    TOKYO, 2 MEI - Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini,...