Thursday, May 9, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Wanita mengaku bersalah jual 24 kotak anggota badan

    LITTLE ROCK, 26 APRIL – Seorang bekas pekerja mayat Arkansas mengaku bersalah kelmarin atas pertuduhan menjual 24 buah kotak mengandungi anggota badan yang dicuri daripada mayat sekolah perubatan kepada seorang lelaki Pennsylvania dengan harga hampir AS$11,000.

    Dia adalah antara beberapa yang didakwa baru-baru ini oleh pendakwa sebagai skim seluruh negara kerana mencuri dan menjual bahagian tubuh manusia dari rumah mayat Arkansas dan Sekolah Perubatan Harvard.

    Candace Chapman Scott, 37, mengaku bersalah di mahkamah persekutuan atas satu pertuduhan konspirasi untuk melakukan penipuan mel dan satu pertuduhan pengangkutan harta curi antara negeri. Dia mengaku tidak bersalah apabila dia didakwa tahun lepas dalam kes itu.

    Dakwaan yang dibongkar tahun lalu menuduh Scott mengadakan transaksi dengan Jeremy Pauley, seorang lelaki Pennsylvania yang ditemuinya melalui kumpulan Facebook tentang ‘perkara aneh’.

    Pada bulan September, Pauley mengaku bersalah atas tuduhan yang berpunca daripada kecurian dan penjualan bahagian mayat dari rumah mayat Arkansas dan Harvard.

    Scott telah bekerja di Arkansas Central Mortuary Services, di mana sebahagian daripada tugasnya adalah untuk menghantar, membakar dan memulihara mayat.

    Universiti Arkansas untuk Sains Perubatan di Little Rock berkata dari sanalah sekolah perubatan menghantar mayat-mayat yang telah didermakan untuk dikaji oleh pelajar perubatan.

    Dia berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda sehingga AS$250,000 atas pertuduhan menghantar harta curi. Dia juga berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga AS$250,000 atas tuduhan penipuan mel. Tarikh hukuman belum dijadualkan. – AP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Hong Kong gagalkan percubaan rompakan

    HONG KONG, 8 MEI - Polis Hong Kong menahan lima lelaki yang cuba merompak sebuah kedai barang kemas, dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV)...