Monday, May 6, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Xpander baharu lebih canggih, luas

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OKT – GHK Motors Sdn Bhd telah mengadakan pelancaran Mitsubishi Xpander yang terbaharu, bertempat di Bilik Pameran Mitsubishi, GHK Motors di Beribi, hari ini.

    Hadir bagi merasmikan majlis tersebut ialah Pengarah Urusan GHK Motors, Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin; Pengarah GHK Motors, Jake Goh; Pengurus Besar Jualan Bahagian Mitsubishi, Au Thien Kiong; Eksekutif-eksekutif Pemasaran GHK Motors, Awang Ahmad Adam dan Jason Chai; Pemasaran Digital GHK Motors, Awang Eddy Muqri dan Pemasaran Digital dan Penganalisis Data GHK Motors, Dayang Nurhamizah binti Efinddi.

    Antara tetamu khas yang dijemput ialah Ketua Jualan Baiduri Finance Berhad, Haji Muhammad Ali bin Haji Metusin; Ketua Kawalan Kredit Baiduri Finance Berhad, Grace Lim Hui Hoon; Pengarah Urusan BIBD At-Tamwil Berhad, Haji Mohd Said bin Haji Zania; Pemangku Ketua Pemasaran dan Perhubungan Awam BIBD At-Tamwil Berhad, Awang Asharul bin Norshari Kamaluddin; Timbalan Ketua Pemasaran dan Perhubungan Awam BIBD At-Tamwil Berhad, Awang Mohd Azizulillah bin Haji Uthman; Eksekutif Jualan Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB), Awang Shahrin bin Haji Mohd Yassin dan Pegawai Pentadbiran Perbankan Korporat Perbadanan TAIB, Awang Zainuddin bin Sabtu. Mitsubishi Xpander adalah terkenal dengan MPV ‘crossover’ mesra keluarga yang dibina dengan keupayaan untuk membawa tujuh orang dengan selesa di atas jalan. Ia juga mempunyai ruang dalaman terbaik dalam kelasnya dan susun atur yang membolehkan penumpang mudah masuk dan keluar.

    Dibangunkan untuk memenuhi keperluan pelanggan, siri Xpander telah menjadi popular di ASEAN dan rantau lain di seluruh dunia seperti Timur Tengah, Amerika Latin dan Afrika, dan telah berkembang menjadi salah satu model terpenting untuk Mitsubishi Motors.

    Sempena pelancaran, GHK Motors menawarkan promosi baucar tunai dan set barangan GHK apabila pelanggan membeli Xpander terbaharu.

    Pelanggan juga layak menyertai Promosi Akhir Tahun GHK 2022 – Drive Now Pay Next Year (pelan pembayaran kewangan yang fleksibel) dan juga peluang cabutan bertuah.

    Promosi bermula dari awal Oktober sehingga akhir Disember 2022.

    Di samping itu, pelanggan boleh memilih peralatan aksesori pilihan Auto Tailgate untuk Xpander baharu yang memberikan kemudahan untuk membuka dan menutup pintu belakang.

    Ciri-ciri Xpander terbaharu

    • Menggunakan enjin 1.5 liter MIVEC dengan empat kelajuan automatik.
      Roda aloi 17 inci.
    • Suspensi hadapan dan belakang dipertingkatkan, memberikan perjalanan selesa.
      Lampu depan berbentuk T terbaharu menjamin penglihatan yang baik, dilengkapi dengan lampu halogen dan lampu kabus di bahagian bawah.
    • Reka bentuk belakang yang luas dan stabil.
    • Boleh menempatkan 1,630 liter ruang bagasi apabila tempat duduk baris kedua dan ketiga dilipat.
    • Ciri keselamatan termasuk beg udara dwi, sistem immobilizer untuk keselamatan kereta daripada kecurian, Sistem Pembrekan Antikunci (ABS), tali pinggang keledar pra-tegang, sistem amaran Emergency Stop Signal dan sistem ISOFIX untuk keselamatan kanak-kanak.

    Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin semasa merasmikan pelancaran Mitsubishi Xpander baharu di Bilik Pameran Mitsubishi, GHK Motors di Beribi, kelmarin.
    Reka bentuk Xpander baharu yang dilancarkan kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...