Sunday, May 19, 2024
33 C
Brunei

    -

    Ratu Kayak SUKMA tekad bersara

    KUALA TERENGGANU, 21 OKT – Ratu kayak Sukan Malaysia (Sukma) 2022, Shahida Asyiqin Rusli tekad memilih untuk memberikan fokus kepada pelajaran sekali gus melepaskan impiannya dalam bidang sukan.

    Shahida Asyiqin yang berpeluang mewakili negara ke Sukan SEA 2023 memilih untuk bersara pada usia 18 tahun dan kini menunggu tawaran daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bagi meneruskan pelajaran dalam bidang Sains Sukan yang menjadi cita-citanya.

    Atlet kelahiran Kuala Terengganu itu berkata keputusan dibuat tidak dipengaruhi mana-mana pihak termasuk ibu bapa yang sentiasa memberikan galakan untuk beliau meneruskan karier dalam bidang sukan.

    “Saya tidak nafikan ada juga rasa rugi tetapi keputusan saya muktamad… dah nekad hendak bersara.

    “Keluarga ada nasihat supaya saya teruskan bermain (bersukan), tetapi saya tidak mahu kerana hendak tumpu sepenuhnya pada pelajaran. Akhirnya, mereka diam dan terima saja keputusan saya,” katanya ketika ditemui di sini malam tadi.

    Bagaimanapun, Shahida Asyiqin berkata beliau sedia mempertimbangkan untuk bertanding di peringkat IPT sekiranya diterima masuk ke mana-mana universiti.

    “Saya memang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tetapi sehingga kini belum ada perkembangan,” katanya. – Bernama

    Atlet kanu Syahida Asyiqin Rusli menerima insentif kemenangan atas kejayaan merangkul empat pingat emas, dua perak dan satu gangsa dalam acara kanu pada Majlis Apresiasi Kontinjen Negeri Terengganu Sukan Malaysia ke-20 (SUKMA XX) di Taman Tamadun Islam di sini, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...