Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    1.5 tan gading gajah dirampas

    LUBUMBASHI, DR CONGO, 19 MEI – Pihak berkuasa di tenggara DR Congo telah merampas satu setengah tan gading gajah, kata pegawai alam sekitar, dalam salah satu rampasan terbesar di Afrika dalam beberapa tahun ini.

    Pegawai menemui gading yang diseludup dalam trak di bandar Lubumbashi pada Sabtu, menurut pegawai perundangan yang enggan memberikan namanya disebabkan terbabit dalam siasatan berterusan kes itu.

    Polis memberkas lima orang tetapi dua orang melarikan diri selepas disoal, kata pegawai. Beliau menambah gading yang dirampas mempunyai berat 1.5 tan.

    Destinasi asal serta tempat tuju gading seludup masih tidak diketahui. Sabin Mande, peguam untuk kumpulan alam sekitar, memberitahu AFP beliau melihat 18 beg gading disita di pejabat pendakwa raya di Lubumbashi semalam. Barang seludup itu bersamaan dengan 80 hingga 100 gajah dibunuh, katanya.

    Rampasan itu menandakan salah satu yang terbesar di Afrika dalam beberapa tahun ini. Pada 2014, pegawai Kenya melakukan beberapa rampasan termasuk empat tan gading dalam tempoh seminggu.

    Pada 2019, pegawai Vietnam menemui lebih sembilan tan gading gajah dalam kapal yang membawa balak dari Republik Congo, juga dikenali sebagai Congo-Brazzaville, dalam rampasan terbesar di seluruh dunia. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...