Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Nadal uji kecederaan di Terbuka Perancis

    PARIS, 19 MEI – Rafael Nadal menguji kakinya yang cedera dalam latihan pertamanya di Terbuka Perancis kelmarin tanpa sebarang ketidakselesaan yang jelas.

    Nadal, juara 13 kali di Roland Garros, menggembirakan peminat yang memenuhi dua sisi Court Philippe Chatrier yang berkapasiti 15,000 orang.

    Ia adalah penampilan pertama Nadal di khalayak ramai sejak mengalami kecederaan kaki kronik berulang dalam kekalahan pusingan ketiga Terbuka Itali kepada Denis Shapovalov minggu lalu.

    Nadal kelmarin turut tidak memberi petunjuk bahawa kesan kecederaan tersebut mengikutinya ke ibu kota Perancis ketika dia berlatih selama dua jam.

    Bintang Sepanyol itu memburu kejuaraan Grand Slam ke-22 bagi menambah rekod kemenangan dan akan mengetahui lawan pusingan pertamanya dalam undian Khamis ini.

    Nadal, yang tewas di separuh akhir oleh Novak Djokovic 12 bulan lalu, mempunyai rekod menakjubkan dengan 105 kemenangan berbanding hanya tiga kekalahan pada kejohanan itu sejak penampilan pertamanya memenangi gelaran pada 2005.

    Terbuka Perancis akan berlangsung pada hari Ahad nanti. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...