Tuesday, May 30, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    1 maut, 19 cedera dalam letupan lombong di Myanmar

    YANGON, 28 MAC – Seorang lelaki maut dan 19 lagi cedera dalam letupan lombong di wilayah Sagaing, barat Myanmar hari ini, lapor Pasukan Penerangan Majlis Pentadbiran Negara Myanmar.

    Letupan lombong berlaku sekitar 9:30 pagi waktu tempatan berhampiran terminal bas bandar Shwebo di wilayah Sagaing, menurut laporan itu.

    Mereka yang cedera ialah 11 lelaki termasuk dua kanak-kanak dan lapan perempuan, katanya.

    Mangsa adalah mereka yang melalui tempat itu dengan berjalan kaki, menaiki kereta atau motosikal apabila lombong itu meletup, katanya.

    Mangsa dihantar ke hospital Shwebo, dan sebahagian daripada mereka kemudian dipindahkan ke hospital Mandalay, menurut Pertubuhan Penyelamat Myanmar-Shwebo.

    Pada hari ini, letupan lombong serupa menyebabkan kecederaan turut berlaku di Myingyan di wilayah Mandalay dan Tamwe di wilayah Yangon, kata seorang pegawai polis. – Xinhua

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Korea Utara akan lancar satelit pengintip tentera

    SEOUL, 30 MEI - Korea Utara berkata pada hari ini ia akan melancarkan satelit pengintip tentera pertamanya pada Jun dan menyifatkan peninjauan berasaskan angkasa...
    - Advertisment -