Wednesday, June 7, 2023
34 C
Brunei

    -

    Imarahkan masjid di bulan Ramadan

    Bulan puasa hanya setahun sekali kita jalani, dan ramai yang bersetuju jika bulan mulia ini dihabisi dengan amalan ibadah yang dapat memberikan kita ganjaran berlipat ganda.

    Masjid bukan sahaja berfungsi sebagai tempat bersembahyang, bahkan juga tempat ibadah seperti mengaji dan bertadarus seperti yang biasa dilakukan lebih-lebih lagi pada bulan puasa ini.

    Walau bagaimanapun, saya terdengar keluhan daripada rakan yang merupakan penduduk di sebuah kampung.

    Beliau mengatakan masjid di kampungnya tidak lagi semeriah dahulu, bahkan pada bulan puasa, masih sahaja sama keadaannya kosong selepas solat tarawih dan witir.

    Rakan saya juga menyatakan, tidak seperti masjid-masjid di kawasan lain yang aktif bertadarus bagi memeriahkan malam-malam Ramadan, masjid di kawasannya terus lengang sebaik saja selesai solat sunat tarawih dan witir.

    Bukan itu saja, dia juga turut menyatakan ada kalanya tiada siapa pun yang melaungkan azan atau mengimami solat fardu.

    Sehubungan itu, dia berharap ahli jawatankuasa masjid berkenan memantau keadaan dan memastikan masjid sentiasa diimarahkan dengan aktiviti keagamaan khususnya dalam bulan suci Ramadan ini, sementelah lagi masjid adalah rumah Allah yang perlu dijaga fungsinya.

    Sahabat prihatin

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    NZ ambil tindakan penggunaan vape

    WELLINGTON, 6 JUN - New Zealand akan mengambil tindakan tegas terhadap penggunaan vape atau rokok elektronik untuk melindungi golongan mudanya, umum Menteri Kesihatan Ayesha...
    - Advertisment -