Thursday, May 9, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    12 misil balistik serang Arbil

    ARBIL, IRAQ, 13 MAC – Puluhan misil balistik telah menyasarkan bandar utara di Arbil, Iraq, termasuk pusat kemudahan Amerika Syarikat (AS), mengakibatkan kerosakan namun tiada korban jiwa, kata pasukan keselamatan di rantau autonomi Kurdistan, hari ini.

    Pihak berkuasa tempatan berkata peluru berpandu itu datang dari timur sempadan, yang mengusulkan sumber tembakan datang dari Iran.

    “Sebanyak 12 peluru berpandu balistik’ disasarkan hari ini di bandar Kurdistan, Arbil dan di sana terdapat konsulat AS, kata pasukan keselamatan Kurdish.

    “Peluru berpandu ditembakkan di luar sempadan Iraq dan Kurdistan, (muncul) lebih tepat dari timur,” kata unit pencegahan jenayah Kurdistan dalam satu kenyataan.

    Iraq, termasuk rantau Kurdistan, adalah rumah kepada beberapa tentera AS yang mengetuai pasukan gabungan memerangi kumpulan jihad IS.

    Serangan hari ini di Arbil itu muncul hampir seminggu selepas dua pegawai dari Pengawal Revolusi Iran terbunuh di Syria dalam serangan yang berpunca dari Israel sekutu AS.

    Kementerian Dalam Negeri di Arbil berkata sebuah ‘bangunan baharu’ menempatkan konsulat AS, yang terletak di sub bandar perumahan di bandar itu, telah dilanda serangan misil hari ini.

    Ia ‘menyebabkan kerosakan material pada bangunan dan rumah, namun tidak ada korban jiwa, kecuali seorang individu cedera ringan,” menurut kenyataan kementerian.

    Koresponden AFP di Arbil mendengar tiga letupan sebelum subuh. – AFP

    Seorang wanita memeriksa kerosakan di sebuah rumah kanak-kanak susulan serangan semalam di Arbil, bandar utara Iraq Kurdish pada 13 Mac. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Hong Kong gagalkan percubaan rompakan

    HONG KONG, 8 MEI - Polis Hong Kong menahan lima lelaki yang cuba merompak sebuah kedai barang kemas, dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV)...