Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Pokok tumbang halang jalan raya

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 MAC – Sepohon pokok Kulimpapa berukuran 10 meter panjang tumbang di atas jalan raya kecil dan menghalang laluan dalam kejadian pokok tumbang di Kampung Luagan, Batu Apoi, Temburong, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), di sini, empat orang anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Bangar yang diketuai oleh ASO Haji Yussof bin Haji Jerudon dikejarkan ke tempat kejadian.

    Kenyataan menyatakan lanjut bahawa turut hadir ialah Pemerintah Cawangan Operasi G, SSFR Haji Aeiq bin Haji Julah, Stesen Komander Balai Bomba Bangar, Pemangku ASFR Jamaludin bin Ahmad dan pemangku ketua Kampung Batu Apoi.

    Menurut JBP, pokok Kulimpapa berkenaan telah tumbang merebahi keseluruhan jalan raya kecil tersebut.

    Anggota bomba dan penyelamat segera bertindak memotong pokok berkenaan menggunakan gergaji rantai dan sebilah parang serta mengambil masa kira-kira 45 minit untuk memotong dan mengalihkan pokok yang berukuran kira-kira 10 meter panjang dan 17 sentimeter garis pusat.

    Dalam kejadian itu, tidak ada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.

    JBP menyarankan supaya menggelakkan menanam pokok terlalu dekat dengan rumah dan amalkan penjarakan bagi penanaman pokok-pokok berkenaan, pokok yang ditanam mesti sentiasa dijaga, diawasi dan dipotong sebelum keadaan tidak terkawal serta tidak meletakkan kereta mereka berdekatan dengan pokok-pokok besar bagi mengelakkan perkara tidak diingini daripada berlaku.

    Anggota bomba dan penyelamat bertindak untuk memotong dan mengalihkan pokok yang tumbang merebahi ke atas keseluruhan jalan raya kecil di Kampung Luagan, Batu Apoi, Temburong, pada 12 Mac lalu. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...