Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Dua maut, Legionnaires landa selatan California

    LOS ANGELES, 13 MAC – Dua maut manakala 14 lagi dimasukkan ke hospital selepas wabak penyakit Legionnaires melanda Lembah Coachella, di selatan California, Amerika Syarikat, menurut pegawai kesihatan tempatan pada Jumaat.

    “Sebanyak 20 kes jangkitan akibat wabak itu telah disahkan dengan 14 daripadanya dimasukkan ke hospital.

    “Dua kematian dilaporkan di Riverside County,” menurut kenyataan daripada pihak berkuasa kesihatan tempatan.

    Menurut Agensi Berita Xinhua, punca penyakit dan tahap penularannya masih belum dapat dipastikan.

    Legionnaires ialah sejenis penyakit radang paru-paru disebabkan bakteria dikenali Legionella dan gejalanya termasuk demam, batuk dan sesak nafas. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...