Thursday, May 9, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    16 menang Kempen Test Drive

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OKT – Pengedar tunggal kereta jenama Jaguar dan Land Rover, Indera Motors Sdn Bhd hari ini mengumumkan 16 orang pemenang bertuah Kempen Test Drive & Amp: Fly Lucky Draw yang diadakan di bilik pamerannya di Beribi.

    Para pemenang dipilih daripada 100 peserta yang menyertai kempen berkenaan yang bermula sejak 1 Julai hingga 30 September 2022.

    Pelanggan yang memandu uji kereta Jaguar dan Land Rover sepanjang kempen secara tidak langsung menyertai kempen berkenaan dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik berupa tiket penerbangan ke Bangkok, Singapura dan Kuala Lumpur.

    Tiga pemenang bertuah dalam kempen Jaguar Test Drive & Amp: Fly Lucky Draw ialah Dayang Anih Suriyati binti Dato Haji Yahya yang membawa pulang hadiah berupa tiket penerbangan ke Bangkok.

    Manakala hadiah tempat kedua berupa tiket penerbangan ke Singapura dimenangi oleh Yong Fui Yu dan pemenang tempat ketiga Sia Hui Kheng @Berry membawa pulang tiket penerbangan ke Kuala Lumpur.

    Selain itu, lima lagi pemenang sagu hati juga membawa pulang hadiah berupa barangan jenama Jaguar bernilai $50.

    Bagi pemenang-pemenang Land Rover Test Drive & Amp: Fly Lucky Draw pula, tempat pertama dimenangi oleh Haji Rozman bin Junaidi sementara tempat kedua dimenangi oleh Awang Fakhrul Ammar bin Haji Mohammad dan tempat ketiga dimenangi oleh Pengiran Yusri Pengiran Ismail.

    Lima pemenang hadiah sagu hati pula membawa pulang hadiah barangan jenama Land Rover bernilai $50.

    Nama pemenang diumumkan semasa cabutan undi Kempen Test Drive & Amp: Fly Lucky Draw yang diadakan di bilik pameran Indera Motors di Beribi.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...