Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    19,000 penduduk terpaksa berpindah sebab kebakaran

    BOULDER, COLORADO, 27 MAC – Pihak berkuasa telah mengeluarkan arahan untuk berpindag bagi 19,400 penduduk kelmarin yang berdekatan dengan kebakaran hutan di Colorado yang merebak dengan pantas di bukit-bukit di selatan bandar kolej Boulder, tidak jauh dari lokasi kebakaran pada 2021 yang memusnahkan 1,000 rumah.

    Kebakaran hutan berkenaan merebak disebabkan oleh angin pada awal hari tersebut dan telah menjejaskan 122 ekar tanpa dibendung, kata jurucakap pasukan bomba dan penyelamat, Marya Wasburn. Pejabat Pengurusan Kecemasan Boulder berkata tempat perlindungan dibuka semalaman selepas perintah pemindahan yang meliputi 8,000 rumah dan 7,000 bangunan. Manakala, tiada struktur telah rosak dalam kejadian tersebut.

    Menurut Washburn, angin dan suhu semakin berkurangan. Pegawai menjangkakan akan menangani kebakaran tersebut selama beberapa hari kerana bahan api, kata Ketua Bahagian Bomba dan Penyelamat Wildland Boulder, Brian Oliver. – AP

    Kepulan asap yang kelihatan semasa kebakaran hutan di Colorado yang menjejaskan bukit-bukit di selatan bandar kolej Boulder. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...