Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Korea Selatan, negara Arab sambung semula rundingan FTA

    SEOUL, 27 MAC – Korea Selatan dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dijadual menyambung semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) pada Isnin yang tertangguh sejak 13 tahun lalu.

    Rundingan selama empat hari itu demi mengukuhkan lagi hubungan ekonomi dua hala, menurut Kementerian Perdagangan, Industri dan Tenaga.

    GCC melibatkan enam negara: Emiriah Arab Bersatu, Bahrain, Arab Saudi, Oman, Qatar dan Kuwait.

    Korea Selatan dan GCC bersetuju meneruskan usaha ke arah perjanjian perdagangan pada 2007 dan mengadakan rundingan lanjut pada 2008 dan 2009 tetapi terhenti selepas majlis mengumumkan penggantungan pada 2010, lapor agensi berita Yonhap.

    “Rantau Teluk adalah pasaran penting bagi Korea Selatan berdasarkan potensi jumlah penduduk, pendapatan dan pertumbuhannya.

    “FTA dengan negara-negara GCC yang kaya dengan sumber bukan sahaja memberi peluang meningkatkan dagangan, pelaburan dan kerjasama ekonomi secara keseluruhan tetapi membantu memastikan rantaian bekalan kami stabil,” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.

    Jumlah dagangan antara kedua-dua pihak mencecah AS$46.6 bilion pada 2020, menurut data kerajaan.- Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...