Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    24 syarikat asing berminat petroleum Sri Lanka

    COLOMBO, 29 OGOS – Sebanyak 24 syarikat asing dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Amerika Syarikat, China, India, Rusia, Britain, Malaysia, Norway dan Filipina berminat dengan industri petroleum di Sri Lanka, kata Menteri Tenaga dan Tenaga Sri Lanka Kanchana Wijesekera.

    Wijesekera berkata kelmarin yang kementeriannya telah melantik jawatankuasa untuk menilai pernyataan minat (EOI) yang dikemukakan oleh firma asing, dan proses itu akan dimuktamadkan dalam tempoh enam minggu, lapor Xinhua.

    Syarikat-syarikat dari negara pengeluar petroleum dialu-alukan untuk mengimport, mengedar dan menjual produk petroleum di Sri Lanka, katanya.

    Menteri itu menambah 700 stesen minyak milik kerajaan menerusi syarikat Ceylon Petroleum Corporation (CPC) boleh diberikan kepada syarikat terpilih untuk menjalankan operasi, dan syarikat terpilih juga boleh menggunakan kemudahan CPC yang lain secara komersil. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...