Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Migrasi buruh di ASEAN dijangka pulih

    JAKARTA, 29 OGOS – Penghijrahan buruh dijangka pulih dan berkemungkinan melepasi paras pra-pandemik berikutan ramalan pemulihan ekonomi yang kukuh di negara anggota ASEAN, kata Sekretariat ASEAN (ASEC).

    Faktor lain termasuk jurang perbezaan yang meluas dalam kesejahteraan sosioekonomi antara negara asal dan destinasi, tekanan demografi dan jurang sektoral atau berasaskan peranan dalam pasaran buruh.

    Dalam edisi pertama penerbitan ‘ASEAN Migration Outlook’, ASEC mengatakan kejatuhan ekonomi akibat pandemik COVID mengakibatkan kehilangan pekerjaan yang tinggi, kepulangan besar-besaran pekerja migran dan kemerosotan mendadak dalam pengambilan sejak dua tahun lalu.

    Unjuran itu diselaraskan oleh ASEC dan disokong oleh kerajaan Australia melalui Yayasan Asia.

    Bagaimanapun, rantau itu diunjurkan kembali ke tahap pertumbuhan pra-pandemik atau hampir dengannya, bermula 2022 dan mencapai tahap pengeluaran pra-pandemik menjelang 2022 atau 2023 selepas mengalami kemelesetan ekonomi pada 2020 dan pertumbuhan lembap pada 2021.

    ASEC berkata Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa menjangkakan ekonomi Malaysia akan berkembang sebanyak 5.7 hingga 5.8 peratus pada 2022 dan sebanyak 4.5 hingga 5.7 peratus pada 2023.

    Oleh itu, pertumbuhan kukuh di Malaysia dijangka berlaku dalam sektor yang sangat bergantung kepada buruh migran.

    Menurut ASEC, selain penghijrahan buruh Kemboja, Laos dan Myanmar ke Thailand, migrasi buruh Indonesia ke Malaysia juga merupakan antara koridor migrasi utama disebabkan faktor jarak fizikal dan perkongsian budaya, bahasa dan sejarah.

    Bagi pekerja Indonesia, penghijrahan ke Malaysia akan terus menjadi faktor penarik daripada segi ekonomi pada masa hadapan dengan keluaran dalam negara kasar per kapita Indonesia berlegar sekitar satu pertiga daripada Malaysia sepanjang 30 tahun lalu, katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...