Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    26 syarikat gagal hadapkan penyata cukai didenda

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 MEI – Antara Mac dan April 2022, sebanyak 26 buah syarikat tempatan telah diarahkan untuk membayar denda setelah wakil syarikat-syarikat tersebut mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, kerana gagal mematuhi Seksyen 52(1) Akta Cukai Pendapatan (Penggal 35).

    Kementerian Kewangan dan Ekonomi dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, menyatakan bahawa syarikat-syarikat tersebut masing-masing telah dikenakan denda kerana gagal menghadapkan penyata-penyata cukai pendapatan bagi tahun-tahun kewangan yang berkenaan.

    Syarikat-syarikat berkenaan masing-masing dikenakan denda berjumlah antara $1,000 hingga $6,000 berdasarkan kesalahan yang dilakukan.

    Bahagian Hasil, Kementerian Kewangan dan Ekonomi dalam kenyataan tersebut mengingatkan bahawa syarikat-syarikat yang berdaftar di bawah Akta Syarikat, Penggal 39 untuk menghadapkan penyata cukai pendapatan masing-masing selewat-lewatnya 30 Jun bagi tahun taksiran yang berkenaan.

    Jika sabit bersalah kerana gagal untuk menghadapkannya, syarikat-syarikat berkenaan masih dikehendaki untuk menghadapkan penyata cukai pendapatan yang tertunggak dan seterusnya membayar cukai pendapatan dan penalti (maksimum 17 peratus daripada jumlah cukai yang tertunggak), jika ada dikenakan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...