Sunday, September 24, 2023
21.9 C
Brunei

    -

    3 askar Israel, 1 pegawai Mesir terbunuh dalam pertempuran di sempadan

    JERUSALEM, 4 JUN – Pertempuran di sepanjang sempadan selatan Israel dengan Mesir menyebabkan tiga askar Israel dan seorang pegawai Mesir maut kelmarin, kata pegawai. Ia adalah kejadian keganasan yang jarang berlaku di sepanjang sempadan itu.

    Israel berkata pengawal sempadan Mesir menyeberang ke Israel dan membunuh tiga askar itu sebelum dia maut ditembak oleh tentera. Mesir berkata dia telah mengejar penyeludup dadah apabila dia memasuki Israel.

    Israel dan Mesir telah berdamai selama lebih 40 tahun dan mempunyai kerjasama keselamatan yang kukuh. Pergaduhan antara dua belah pihak amat jarang berlaku. – AP

    Seorang askar Israel menutup pintu masuk menuju ke sempadan di pangkalan tentera berikutan tembakan maut di selatan Israel di sepanjang sempadan Mesir, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...