Thursday, May 9, 2024
24.9 C
Brunei

    -

    30 anak yatim diceriakan dengan majlis berbuka puasa

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MAC – Sempena bulan Ramadan tahun ini, Radio Televisyen Brunei (RTB) dengan kerjasama Hotel Raddison hari ini telah mengadakan Projek Jalinan Kasih ke-16 dengan Majlis Berbuka Puasa bersama 30 orang anak-anak yatim di hotel berkenaan.

    Hadir di majlis berkenaan ialah Pengurus Am Hotel Radisson, Miriam Wobler; Pengarah Urusan YMRM Group, Hitesh R Bhawnani; Pengurus Operasi Soon Lee Heavy Machinery Sdn Bhd, Ong Chee Mang; dan Pengurus Cawangan Soon Lee Heavy Machinery Sdn Bhd, Ang Yon Lie.

    Antara objektif projek berkenaan adalah untuk memasyarakatkan radio serta mengendalikan beberapa penerbitan rancangan di keempat-empat daerah dengan mendekati pihak yang memerlukan bantuan dan kurang bernasib baik.

    Projek Jalinan Kasih merupakan projek tahunan RTB melalui Bahagian Rancangan Radio yang dihasratkan untuk mempromosi dan mendukung usaha kerajaan dalam mewujudkan budaya kehidupan bermasyarakat yang penyayang dan prihatin kepada golongan yang lebih memerlukan.

    Menurut kenyataan Hotel Radisson, mereka berbesar hati dapat bekerjasama dengan RTB untuk mengendalikan Projek Jalinan Kasih pada bulan Ramadan yang mulia.

    Majlis ini mencerminkan usaha kerjasama Hotel Radisson dan RTB untuk mencipta satu pengalaman yang menggembirakan bagi anak-anak yatim.

    Melalui perkongsian ini, Hotel Radisson Brunei menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bahagi dan berharap dapat memberikan impak positif kepada komuniti penduduk tempatan terutamanya semasa bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri nanti.

    Turut hadir adalah Pemangku Pengarah RTB, Cheong Chee Keong; Penolong Ketua Rancangan Radio, Dayang Salmi binti Haji Ibrahim; Pengerusi Projek Jalinan Kasih ke-16, Awang Muhammad Muizzuddin Asyur bin Awang Mat Japar, dan pegawai-pegawai kanan RTB yang lain.

    Ong Chee Mang, Ang Yon Lie, Cheong Chee Keong dan anak-anak yatim bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Syarikat roti Jepun tarik balik produk berhubung penemuan badan tikus

    TOKYO, 9 MEI - Pengeluar roti dari Jepun, Pasco Shikishima Corp pada Rabu secara sukarela menarik balik kira-kira 104,000 paket jenama roti Chojuku selepas...