Thursday, May 2, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    30 Muslimah masjid pupuk minat berkebun

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 NOV – Seramai 30 orang Muslimah telah mengikuti Kursus Tatacara Berkebun anjuran Jabatan Hal Ehwal Masjid melalui Bahagian Hal Ehwal Muslimah dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Limau Manis buat kali ketiga yang berlangsung di masjid berkenaan, hari ini.

    Taklimat disampaikan oleh Pemilik Pengurus ECO Nadi Agrobiz, Haji Muhd Ayub bin Haji Suhaili.

    Tujuan utama program adalah untuk memberi pengetahuan dan memupuk minat para Muslimah masjid untuk turut terlibat sama dalam menjaga kecantikan halaman masjid dengan pohon bunga-bungaan dan buah-buahan yang subur.

    Selain menanamkan rasa tanggungjawab dan kecintaan dalam sama-sama berganding bahu bagi memelihara kawasan dan keindahan halaman masjid, kursus berkenaan juga diharap dapat mengeratkan silaturahim dalam kalangan Muslimah dalam aktiviti berkebun.

    Di samping memberi pengetahuan tatacara bercucuk tanam yang lebih efektif, kursus juga bertujuan memberi peluang kepada Muslimah untuk bercucuk tanam di rumah dan seterusnya dapat menjana penghasilan rezeki yang halal.

    Melalui kursus berkenaan juga dihasratkan menjadikan aktiviti bercucuk tanam sebagai salah satu aktiviti sihat dan bermanfaat.

    Para peserta diberi penerangan mengenai tatacara bercucuk tanam.
    Kalangan Mulismah yang menyertai kursus tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...