Friday, May 3, 2024
30.3 C
Brunei

    -

    Ecuador ikat Belanda 1-1

    DOHA, 27 NOV – Cody Gakpo sekali lagi menjaringkan gol dalam aksi Piala Dunia namun Belanda terlepas peluang untuk mendapatkan tempat dalam kelompok 16 terakhir pada Jumaat selepas mereka diikat oleh Ecuador 1-1.

    Gakpo meletakkan Belanda di depan dengan cubaan minit keenam di Stadium Antarabangsa Khalifa.

    Namun, dengan sokongan para peminat yang ramai, Ecuador melawan semula dan menemui gol penyamaan melalui cubaan Enner Valencia empat minit selepas tamat babak pertama.

    Ia merupakan gol ketiga buat kapten Ecuador dalam aksi Piala Dunia selepas menjaringkan dua gol ketika menentang Qatar dalam perlawanan pembukaan. Kesannya, negara tuan rumah, yang kalah dua kali, menjadi pasukan pertama tersingkir dalam Piala Dunianya sendiri.

    “Kadangkala, awda berhak untuk menang namun tidak dapat keputusan atas sebab-sebab tertentu. Saya beritahu kepada pemain saya bahawa saya tidak berminat dengan keputusan malam ini. Ia bukanlah satu kerisauan buat saya,” kata jurulatih Ecuador, Gustavo Alfaro. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

    TOKYO, 2 MEI - Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini,...