Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    45 sertai pelayaran Brunei River Cruise

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JAN – Dalam meneruskan aktiviti yang tertunda pada tahun 2021, rombongan dari Masjid Kampung Batu Marang telah mengadakan aktiviti menaiki kapal Brunei River Cruise, baru-baru ini.

    Seramai 45 ahli jawatankuasa takmir masjid dan ahli Muslimah Al-Ma’wa Masjid Kampung Batu Marang telah menyertai pelayaran tersebut. Rombongan diketuai oleh Setiausaha Takmir Masjid Kampung Batu Marang, Haji Mohammad Isa bin Haji Marsidi.

    Menurut beliau, aktiviti tersebut pada awalnya dirancang diadakan pada 12 September 2021 tetapi dibatalkan disebabkan negara dilanda gelombang kedua COVID-19, dan pihak perkapalan terpaksa menundakan pelayaran ke satu masa yang lain. Bermula pada 11 pagi, penumpang dibawa menyelusuri Sungai Brunei sambil menyaksikan keindahan suasana Kampong Ayer  dan tempat bersejarah Jong Batu.

    Antara ahli rombongan yang menyertai aktiviti menaiki kapal Brunei River Cruise baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...