Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    5505 Team Endurance Race uji ketahanan pelajar

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OGOS – Sekolah Sukan telah menganjurkan acara cabaran sukan menerusi 5505 Team Endurance Race antara sekolah-sekolah menengah di bawah kluster 3 dan antara rumah-rumah tahun 2022 bertempat di kawasan sekolah berkenaan, Kampung Pulaie, Jalan Kebangsaan Berakas, pagi tadi.

    Perlumbaan tersebut diadakan dalam tujuh peringkat cabaran di sekitar sekolah berkenaan dan acara tersebut telah dimenangi oleh Sekolah Sukan dan diikuti oleh Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan.

    Tempat ketiga disandang oleh Sekolah Menengah Berakas, Sekolah Menengah Menglait memperolehi tempat keempat, dan diikuti dengan Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar. Manakala tempat keenam diduduki oleh Sekolah Menengah Lambak Kiri dan Pasukan Jemputan Kluster 3 pula berada di kedudukan terbawah.

    Sementara itu, johan bagi antara rumah-rumah dirangkul oleh Rumah Perisai manakala Rumah Sinipit menduduki tempat kedua. Rumah Utap berada di tempat ketiga diikuti dengan Rumah Kalasak.

    Acara tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif Sekolah Sukan untuk memberikan pengalaman dalam kesukanan bagi komuniti belia.

    Selain itu, ia dihasrat untuk meningkatkan kesedaran golongan pelajar dan warga sekolah akan pentingnya melakukan gaya hidup sihat untuk perkembangan secara keseluruhannya.

    Antara peserta yang menyertai 5505 Team Endurance Race antara sekolah-sekolah menengah di bawah kluster 3 dan antara rumah-rumah tahun 2022 bertempat di Sekolah Sukan, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...