Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    650 pengayuh basikal meriahkan ulang tahun hubungan Malaysia-Indonesia

    JAKARTA, 22 OGOS – Seramai 650 peminat sukan berbasikal menyertai program ‘Gowes Dua Negara’ (G2N) anjuran Konsulat Jeneral Malaysia di Medan hari ini, sempena sambutan ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik Malaysia dan Indonesia tahun ini.

    Meskipun masih ramai lagi yang ingin mendaftar di saat pendaftaran ditutup, jumlah penyertaan dihadkan demi menjaga garis panduan kesihatan dan keselamatan, kata Konsul Jeneral Aiyub Omar.

    Peserta terdiri daripada peminat aktiviti berbasikal dari dalam dan luar Medan termasuk dari Aceh mengharungi perjalanan sejauh 18.8 kilometer pada Ahad, yang turut di sertai Gabernor Sumatera Utara, Edy Rahmayadi.

    Program bermula di Lapangan Benteng Medan bermula pukul 7 pagi sehingga 9 pagi diikuti aktiviti lain dengan kerjasama erat komuniti berbasikal tempatan dan pemerintah wilayah Sumatera Utara.

    Kemuncak acara dimeriahkan dengan penampilan artis Malaysia, Ezad Lazim yang menyanyikan beberapa lagu antaranya ‘Buih Jadi Permadani’ yang sangat popular di Indonesia. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...