Wednesday, May 1, 2024
30.1 C
Brunei

    -

    68 maut nahas pesawat di Nepal

    KATHMANDU, NEPAL, 15 JAN – Seramai 68 orang disahkan maut dalam nahas pesawat 72 tempat duduk yang terhempas ke dalam gaung semasa cuba mendarat di lapangan terbang yang baru dibuka di bandar peranginan tengah, Pokhara, Nepal hari ini, kata pegawai.

    Tek Bahadur K. C., pegawai kanan pentadbiran di daerah Kaski mengumumkan jumlah kematian tersebut, selepas penyelamat menemui mayat mangsa di tapak kejadian di Sungai Seti, kira-kira 1.6 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pokhara, Nepal.

    Pegawai penyelamat menggunakan tali untuk menarik mangsa dari bangkai pesawat, sebahagian daripadanya tergantung di pinggir gaung.

    Punca nahas tidak dapat dipastikan segera. Namun pesawat enjin berkembar ATR 72 itu yang dioperasikan oleh Yeti Airlines, Nepal, terbang dari Kathmandu ke Pokhara selama 27 minit. Ia membawa 68 penumpang termasuk 15 warga asing dan juga empat anggota kru, menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Nepal dalam satu kenyataan.

    Pesawat itu membuat hubungan terakhir dengan pusat kawalan lapangan terbang berhampiran Gaung Seti pada kira-kira 10:50 pagi waktu tempatan sebelum terhempas.

    Imej dan video dikongsi dalam Twitter menunjukkan asap tebal menjulang dari kawasan nahas dan fiuslaj pecah berselerak. – AP

    Penyelamat dan orang ramai berhimpun di tapak nahas pesawat di Pokhara, 15 Jan. Pesawat dengan 72 tempat duduk telah terhempas, meragut 68 jiwa, kata pegawai kanan Nepal. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kakitangan ‘menyamar’ sebagai pesakit semasa lawatan Menteri Australia

    SYDNEY, 1 MEI - Ketika seorang menteri kesihatan Australia melawat klinik kecemasan, dia melihat bagaimana kakitangan sibuk merawat pesakit, salah seorang bergegas masuk dari...