Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    9 ditahan langgar akta imigresen

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JUN – Sembilan orang warga asing telah ditahan semasa Operasi Tumpas yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), baru-baru ini.

    Dalam Ops Tumpas JIPK 47/2022 yang menyasarkan rumah-rumah dan bilik sewa di Mukim Sengkurong dan Mukim Gadong A itu, warga asing berkenaan telah didapati melakukan beberapa kesalahan bawah Akta dan Peraturan Imigresen Penggal 17 iaitu tinggal lebih masa setelah pas imigresen mansuh, memberi perlindungan kepada pesalah imigresen, pekerja lari daripada majikan dan bekerja tidak mengikut apa yang tercatat dalam pas kerjanya.

    Sementara itu, dua lagi warga asing telah diarahkan untuk melapor ke bahagian berkenaan untuk siasatan lanjut.

    Manakala itu, secara berasingan, Ops Tumpas JIPK 44/2022 yang menyasarkan sebuah kedai makan di kawasan Mukim Sengkurong telah mengarahkan enam warga asing untuk melaporkan diri ke bahagian berkenaan.

    Pegawai penguat kuasa ketika menjalankan pemeriksaan baru-baru ini. – Gambar serahan JIPK
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...