Tuesday, May 7, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    9 Juta penduduk diancam kemiskinan di Pakistan

    ISLAMABAD, 7 OKT – Antara enam hingga sembilan juta penduduk Pakistan telah diancam kemiskinan akibat banjir monsun yang dahsyat yang dikaitkan dengan perubahan iklim, menurut Bank Dunia kelmarin.

    Pakistan telah dilanda hujan monsun teruk yang tidak pernah berlaku sebelum ini pada tahun ini, yang mengorbankan kira-kira 1,700 orang dan memusnahkan dua juta buah rumah, serta dua pertiga negara itu ditenggelami air.

    Setakat ini lapan juta orang masih kehilangan tempat tinggal, dan terpaksa tinggal di khemah-khemah berhampiran tasik. Laporan Bank Dunia menyatakan kadar kemiskinan di Pakistan dijangka meningkat antara 2.5 dan empat peratus mata disebabkan kesan langsung daripada banjir.

    Kehilangan pekerjaan, haiwan ternakan, tanaman, rumah dan penutupan sekolah – serta penularan penyakit dan peningkatan kos makanan – mengancam antara 5.8 juta dan sembilan juta orang di lembah kemiskinan, menurut laporan.

    “Untuk memulihkan kesan sosio-ekonomi yang negatif ini besar kemungkinan memerlukan masa yang lama,” tambah laporan tersebut.

    Gambar yang diambil pada 26 September 2022 menunjukkan penduduk meminum air dari lopak di luar perkhemahan sementara di daerah Jamshoro. Antara enam hingga sembilan juta orang penduduk Pakistan berisiko diancam kemiskinan akibat banjir monsun yang dahsyat yang dikaitkan dengan perubahan iklim. – AFP

    Di negara yang mempunyai 220 juta orang penduduk itu, kira-kira 20 peratus sudah tinggal di bawah garisan kemiskinan, menurut data Bank Pembangunan Asia.

    Bank Dunia berkata inflasi di negara itu dijangka pada kadar 23 peratus bagi tahun kewangan 2023.

    Pakistan menghasilkan kurang daripada satu peratus pelepasan gas rumah hijau global, namun berada di kedudukan tertinggi negara-negara yang paling terdedah kepada cuaca ekstrem disebabkan oleh perubahan iklim.

    Penyelidik berkata kejadian cuaca buruk menjadi semakin kerap berlaku dan lebih buruk disebabkan oleh pencemaran buatan manusia.

    Islamabad menggesa negara-negara kaya dan mempunyai jejak karbon yang lebih besar untuk menyumbang kepada usaha bantuan sebagai salah satu bentuk keadilan iklim. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tindakan China undang bahaya terhadap helikopter tentera laut Australia

    MELBOURNE, 6 MEI - Australia telah mengemukakan bantahan kepada Beijing bahawa sebuah jet pejuang China telah membahayakan sebuah helikopter tentera laut Australia dengan suar...