Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Penipu mata wang kripto larikan AS$100 juta

    PARIS, 7 OKT – Penipu telah mencuri sebanyak AS$100 juta dalam mata wang kripto dari Binance, bursa terbesar di dunia untuk aset kripto, kata firma tersebut hari ini.

    Ketua syarikat, Changpeng Zhao menulis di laman Twitter bahawa ‘eksploitasi’ dalam sistem membawa kepada pengeluaran tambahan mata wang khusus untuk bursa tersebut, sambil menambah: ‘Anggaran impak semasa berjumlah sekitar AS$100 juta.’

    “Isu tersebut berjaya dikawal sekarang. Wang awda selamat. Kami memohon maaf atas kesulitan yang timbul dan akan memberikan kemas kini selanjutnya,” tulisnya.

    Penipuan merupakan salah satu kecurian terbesar dalam sejarah mata wang kripto, walaupun ia masih kecil berbanding rompakan besar-besaran berjumlah lebih daripada AS$500 juta menerusi permainan blockchain Axie Infinity pada awal tahun ini.

    Penipu kini semakin menyasarkan kelemahan dalam sistem rantaian, kaedah yang digunakan oleh pelabur untuk memindahkan aset dari satu blok ke blok yang lain.

    Changpeng Zhao menulis bahawa kecurian tersebut melibatkan ‘eksploitasi dalam sistem silang rantai, BSC Token Hub’, dan meyakinkan pelanggan bahawa ia telah diatasi.

    Bursa tersebut berkata di Reddit bahawa jumlah yang dicuri adalah di antara AS$100 dan AS$110 juta, menambah bahawa AS$7 juta berjaya diperoleh semula. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...