Sunday, May 19, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Rai 65 pelajar tamat khatam Al-Quran

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 OKT – Seramai 65 peserta terdiri daripada 36 pelajar lelaki dan 29 pelajar perempuan Darjah 6 Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Hafizah Sururul Bolkiah, Perpindahan Berakas telah diraikan pada majlis khatam Al-Quran yang berlangsung di dewan serba guna sekolah berkenaan, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu khas majlis ialah Ketua Bahagian Sekolah Ugama, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Mohd Ahsanul Azmi bin Haji Sarbini.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh Awang Mohd Ahsanul Azmi bin Haji Sarbini diikuti dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Selawat Tafrijiyyah beramai-ramai.

    Sementara itu, surah ayat-ayat lazim bermula daripada Surah Ad-Dhuha hingga Surah Al-Masad telah dibacakan oleh para peserta khatam yang diketuai oleh Awang Mohammad Iman Faezuddin bin Haji Shahruddin yang juga memimpin bacaan Doa Khatam.

    Majlis ditutup dengan bacaan Doa Selamat yang dikepalai oleh Awang Mohd Roswandi bin Haji Wahap.

    Tetamu khas semasa menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta khatam.
    Pelajar Darjah 6 Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Hafizah Sururul Bolkiah pada majlis khatam.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...