Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Afghanistan terima bantuan AS$32 juta

    KABUL, 7 MAC – Afghanistan pada Ahad menerima bantuan kemanusiaan berjumlah AS$32 juta, lapor Xinhua.

    “Berikutan beberapa siri bantuan kemanusiaan ke Afghanistan, pakej ke-17 bantuan kemanusiaan sebanyak 32 juta dolar tiba di Afghanistan dan disalurkan kepada Bank Antarabangsa Afghanistan,” menurut kenyataan Da Afghanistan Bank (DAB) pada Isnin.

    DAB menghargai bantuan kemanusiaan daripada masyarakat antarabangsa dan berharap lebih banyak kerjasama dapat dijalankan. Susulan pengambilalihan Taliban ke atas Afghanistan pada pertengahan Ogos 2021, Amerika Syarikat membekukan lebih AS$9 bilion aset milik bank pusat Afghanistan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...