Tuesday, May 7, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Ukraine tolak tawaran koridor kemanusiaan

    KYIV, 7 MAC – Ukraine menolak tawaran Moscow untuk menubuhkan koridor kemanusiaan dari beberapa bandar yang dibom hari ini selepas dilihat muncul beberapa laluan akan membawa pelarian ke Rusia atau Belarus.

    Cadangan Rusia untuk laluan selamat dari Kharkiv, Kyiv, Mariupol dan Sumy telah dibuat selepas orang awam Ukraine yang ketakutan diserang dalam percubaan gencatan senjata sebelum ini.

    Rusia melancarkan satu lagi serangan tanpa henti daripada udara, darat dan laut, menambahkan lagi bencana kemanusiaan yang telah mendorong lebih 1.5 juta orang merentasi sempadan Ukraine.

    Sekatan antarabangsa yang bertujuan untuk menghukum Moscow setakat ini tidak banyak membantu memperlahankan pencerobohan itu, dan Washington berkata ia kini membincangkan larangan import minyak Rusia dengan Eropah.

    Harga minyak melonjak hampir ke paras tertinggi dalam 14 tahun dan harga gas melonjak berikutan perkembangan itu manakala pasaran saham menjunam apabila pelabur bimbang tentang kejatuhan ekonomi global.

    Ukraine menolak tawaran untuk menubuhkan koridor kemanusiaan setelah melihat kemungkinan beberapa laluan akan menuju ke Rusia atau Belarus. – AP

    Peristiwa ngeri terjadi pada hujung minggu yang menyaksikan orang awam Ukraine ditembak ketika mereka cuba melarikan diri dari pelbagai bandar, menambah kemarahan antarabangsa.

    Kementerian pertahanan Moscow pada awal hari ini mengumumkan rancangan baharu untuk koridor kemanusiaan, dengan kementerian pertahanan mengesahkan ‘rejim berdiam diri’ telah bermula pada 7 pagi waktu tempatan.Namun, beberapa laluan menuju ke Rusia atau sekutunya Belarus, menimbulkan persoalan mengenai keselamatan mereka yang mungkin menggunakannya.

    “Ini bukan pilihan yang boleh diterima,” kata Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Iryna Vereshchuk. Orang awam “tidak akan pergi ke Belarus dan kemudian menaiki pesawat ke Rusia”.

    Moscow berkata keputusan itu diambil selepas ‘permintaan peribadi’ oleh Presiden Perancis Emmanuel Macron, yang bercakap dengan Vladimir Putin dari Rusia kelmarin.

    Pejabat Macron bagaimanapun menafikan terdapat permintaan sedemikian. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia tuduh China berkelakuan bahaya berkaitan jet pejuang

    MELBOURNE, 7 MEI - Australia telah memprotes Beijing melalui pelbagai saluran bahawa sebuah jet pejuang China membahayakan helikopter tentera laut Australia dengan suar di...