Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Afrika Selatan dilanda banjir

    DURBAN, AFRIKA SELATAN, 23 MEI – Hujan lebat melanda Afrika Selatan, memaksa ratusan orang meninggalkan rumah mereka di pantai timur, hanya sebulan selepas banjir paling teruk membunuh lebih 400 orang.

    Tidak ada kematian yang dicatat tetapi beberapa bangunan mengalami kerosakan teruk, terutamanya di Durban, ibu negeri wilayah KwaZulu-Natal (KZN).

    “Kami belum menerima laporan menyeluruh mengenai kesan hujan lebat terbaharu, tetapi ketika laporan diterima hari ini, gambar membimbangkan mulai timbul,” kata perdana menteri KZN Sihle Zikalala pada sidang media.

    Hujan lebat pada akhir April telah membunuh 435 orang dalam kejadian banjir dan runtuhan tanah. Sementara itu, mangsa yang selamat tidak mempunyai air minuman selama hampir dua minggu.

    Kerja-kerja membaiki diteruskan selepas ribut mengakibatkan kerosakan bernilai ratusan juta dolar. Banjir terbaharu menjejaskan infrastruktur, jalan, jambatan dan merosakkan bangunan.

    “Sesetengah kawasan tidak dapat dimasuki dan telah menjadi pulau pada masa ini,” kata Zikalala.

    Berhampiran pantai Umdloti di utara Durban, sebahagian jalan telah dihanyutkan, meninggalkan lubang besar dan kereta tersadai di pinggirnya, kata wartawan AFP.

    “Banjir bermula lewat semalam tetapi disebabkan jalan raya runtuh, kami tidak dapat keluar,” beritahu penduduk tempatan, Kevin Govender kepada AFP. – AFP

    Rumah dan infrastruktur jalan yang rosak teruk selepas hujan lebat di Umdloti, utara Durban pada 22 Mei 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...