Tuesday, May 7, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Aina impi menang semua kategori

    Kali pertama membuat kemunculan semula melalui single ‘berhantu’, Sumpah, Aina Abdul berjaya menembusi senarai Top 5, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-32 pada 2019 untuk kategori Artis Baharu Wanita Popular.

    Sejak itu, nama Aina tidak pernah tercicir daripada pencalonan ABPBH dan pasti bolosi senarai finalis.

    Pada edisi ke-34 ABPBH di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), dua tahun lalu, Aina bersama Khai Bahar mengungguli kategori Artis Kolaborasi/Duo/Kumpulan Popular menerusi lagu duet berjudul Nafas Cinta.

    Nampaknya, rezeki terus berpihak kepada Aina atau nama penuh, Nurul Aina Abdul Ghani, 30, apabila tersenarai dalam kategori Penyanyi Wanita Popular dengan dua lagu ciptaannya, Sepi dan Terus Hidup menembusi senarai Lagu Paling Boom pada ABPBH 35.

    Mengulas perkara itu, tanpa berselindung, Aina mengakui teringin menang dalam semua kategori dicalonkan.

    Aina tidak kisah untuk berkempen demi memastikan dirinya mara Top 5. – Agensi

    “Alhamdulillah, saya dapat pencalonan bagi kategori Penyanyi Wanita Popular. Dua lagu saya pula muncul calon awal Lagu Paling Boom.

    “Saya dapat tahu mengenai pencalonan ini selepas dimaklumkan peminat. Saya terlepas pandang mengenai pencalonan ini kerana terlalu sibuk dengan kerja.

    “Terima kasih kepada peminat saya, Ainations. Saya harap mereka dapat bantu saya dengan mengundi banyak-banyak. Tahun ini, saya hendak menang.

    “Saya harap dapat raikan malam kemuncak ABPBH 35 dengan berita baik bersama peminat,” katanya kepada BH Online.

    Bagi memastikan impian jadi kenyataan, Aina tidak kisah untuk berkempen demi memastikan dirinya mara Top 5.

    “Saya tak kisah kalau hendak berkempen. Saya harap Ainations dari seluruh pelosok tanah air dapat sama-sama undi saya,” katanya. Selepas kejayaan demi kejayaan diraih menerusi single dihasilkannya, Aina mengumumkan dirinya bakal menerbitkan album studio pertamanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...