Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Aktivis Kemboja pakai belenggu kaki ditahan

    PHNOM PENH, KEMBOJA, 4 JAN – Pasukan keselamatan Kemboja hari ini telah menahan sekejap seorang peguam Kemboja-Amerika yang merupakan aktivis hak asasi terkemuka apabila dia berjalan dengan kaki ayam dekat kediaman perdana menteri di Phnom Penh, memakai pakaian jingga gaya penjara dan belenggu kaki era Khmer Rouge.

    Theary Seng dalam perjalanan bagi pendengaran mahkamah dan menyiarkan secara langsung perjalanannya menerusi media sosial apabila sejumlah anggota berseragam mengelilingi dan menyekat laluannya.

    Wartawan-wartawan di tempat kejadian berkata, pasukan keselamatan memasukkannya ke dalam sebuah kenderaan dan membawanya pergi.

    Dia dibebaskan tidak lama kemudian dan tiba di Mahkamah Perbandaran Phnom Penh bagi sambungan perbicaraannya terhadap dakwaan-dakwaan pengkhianatan.

    Dia masih memakai pakaian jingga berkenaan, tetapi pegawai-pegawai mahkamah memintanya menanggalkan belenggu kaki.

    Theary Seng ialah seorang pengkritik lantang Perdana Menteri Hun Sen yang telah berkuasa selama 36 tahun dan telah mengawal ketat semua aktiviti politik di negara itu.
    Peguam berkenaan sebelumnya telah menggunakan pakaian untuk membuat pernyataan simbolik, semasa prosiding undang-undang terhadapnya.

    Pada 7 Disember, dia hadir ke mahkamah dengan berpakaian sebagai penari Apsara Kemboja klasik, memberitahu wartawan, dia melahirkan kepercayaannya bahawa perbicaraan itu adalah ‘teater politik’. – Bernama

    Theary Seng (kanan), peguam Kemboja-Amerika, berpakaian jingga gaya penjara, bercakap dengan anggota keselamatan mahkamah apabila dia tiba di Mahkamah Perbandaran Phnom Penh di Phnom Penh, Kemboja, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...