Wednesday, May 8, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Aktivis Laos masih hidup

    BANGKOK, 4 MEI – Seorang aktivis politik Laos yang dilaporkan meninggal dunia selepas ditembak dua kali dari jarak dekat sebenarnya terselamat dalam serangan itu, kata Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan (HRW) hari ini.

    Anousa ‘Jack’ Luangsuphom ditembak di sisi dan muka di sebuah kafe Vientiane pada Sabtu dan dilaporkan mati oleh HRW, Amnesty International, sebuah akhbar Laos dan laman Facebook pembangkang yang dibantunya uruskan.

    Bagaimanapun hari ini, HRW berkata ia telah menerima pengesahan daripada keluarga dan sumber lain bahawa Anousa masih hidup dan dirawat di hospital.

    “Laporan yang diterima daripada pelbagai sumber mengatakan Anousa ‘Jack’ Luangsuphom meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital pada 29 April, terbukti palsu,” kata HRW dalam satu kenyataan.

    “Pada petang 3 Mei, keluarga Anousa dan sumber lain memberikan pengesahan lisan HRW dan bukti bergambar bahawa Anousa terselamat daripada tembakan itu dan kini menerima rawatan perubatan di hospital.”

    Kenyataan HRW itu dikeluarkan selepas siaran lewat kelmarin di halaman Facebook ‘Driven by Keyboard’ yang mana Anousa adalah pentadbir mengatakan dia terselamat daripada serangan itu.

    Gambar yang disiarkan, turut dikongsi oleh HRW, menunjukkan seorang lelaki muda terlantar di atas katil hospital dengan luka tembakan di pipi. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...