Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Aktiviti kutip dana bantu mangsa gempa

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 MEI – Usaha terus dilaksanakan untuk mengutip bantuan bagi meringankan beban mangsa gempa bumi di Republik Turkiye dan Republik Arab Syria.

    Dalam hubungan itu, Kementerian Pendidikan menerusi Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-perkhidmatan mengadakan Aktiviti Amal bagi Tabung Kemanusiaan
    Gempa Bumi Republik Turkiye dan Republik Arab Syria yang berlangsung di kawasan letak kereta berdepan Bangunan Lama Kementerian Pendidikan, hari ini.

    Hadir untuk sama-sama melancarkan dan menyertai aktiviti amal ialah Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) di Kementerian Pendidikan, Dr Haji Azman bin Ahmad.

    Turut hadir ialah Naib Canselor Universiti Teknologi Brunei (UTB), Datin Paduka Profesor Dr Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman; Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam (UBD), Dr Hazri bin Haji Kifle; Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) di Kementerian Pendidikan, Dr Chin Wei Keh, pegawai-pegawai kanan, warga Kementerian Pendidikan dan orang ramai.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Awang Muhammad Syahman bin Haji Jumat dari Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-perkhidmatan.

    Aktiviti amal berkenaan dimulakan dengan sesi senaman pagi dan diikuti dengan pelepasan peserta acara walkaton sejauh kira-kira 2.2 kilometer oleh Dr Haji Azman, yang bermula dan berakhir di kawasan letak kereta Bangunan Lama Kementerian Pendidikan.

    Selain daripada aktiviti walkaton berkenaan, aktiviti jualan amal garaj dan jualan car boot turut diadakan di mana hasil penjualan perak garaj dan car boot, penjualan baju walkaton serta kutipan sumbangan daripada warga Kementerian Pendidikan akan disumbangkan ke Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Republik Turkiye dan Republik Arab Syria.

    Dr Haji Azman menyertai sesi senaman sebelum walkaton bagi Aktiviti Amal bagi Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Republik Turkiye dan Republik Arab Syria yang berlangsung di kawasan letak kereta berdepan Bangunan Lama Kementerian Pendidikan, kelmarin.
    Dr Haji Azman serta para pegawai kanan dan warga Kementerian Pendidikan yang menyertai Aktiviti Amal bagi Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Republik Turkiye dan Republik Arab Syria yang berlangsung di kawasan letak kereta berdepan Bangunan Lama Kementerian Pendidikan, hari ini.
    Para peserta yang menyertai walkaton kira-kira 2.2 kilometer yang bermula dan berakhir di kawasan letak kereta Bangunan Lama Kementerian Pendidikan, kelmarin.
    ATAS & BAWAH : Dr Haji Azman melawat dan beramah-mesra dengan para peserta yang menyertai aktiviti jualan garaj dan car boot semasa aktiviti amal berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...