Tuesday, March 21, 2023
21.2 C
Brunei

-

Ali Rustam dilantik Ahli Jawatankuasa Eksekutif WKF

KUALA LUMPUR, 28 OKT – Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) Tun Mohd Ali Rustam dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Karate Dunia (WKF) dari 2022 hingga 2026.

WKF dalam satu kenyataan hari ini berkata pemilihan itu dibuat pada sesi pleno menjelang Kejohanan Kadet, Remaja dan Bawah 21 (B-21) Dunia di Konya, Turkiye.

WKF juga mengesahkan Antonio Espinós dari Sepanyol sebagai presidennya dan José García Maañón dari Argentina selaku naib presiden pertama untuk persekutuan itu dan diikuti  Naseer Alrazooqi dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk naib presiden kedua dan Bechir Cherif dari Tunisia sebagai naib presiden ketiga.

Badan pentadbir karate dunia itu juga melantik Toshihisa Nagura dari Jepun sebagai Setiausaha Agung.

“Sebagai tambahan kepada 17 wakil yang dilantik oleh Kongres WKF pada Selasa, dua lagi ahli dilantik dimasukkan ke dalam Jawatankuasa Eksekutif hari ini.

“Penyertaan Samantha Desciderio dari Mexico and Sarah Wennestrom dari Sweden selaku ahli dilantik  ke dalam badan pembuat keputusan dialu-alukan,” katanya. – Bernama

  

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Kishida umum rancangan Indo-Pasifik baharu di India

NEW DELHI, 20 MAC - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida hari ini menjemput rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi untuk menghadiri sidang kemuncak negara-negara...
- Advertisment -