Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Alumni Maktab Duli 89-90 erat silaturahim

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MEI – Bekas pelajar-pelajar Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (Maktab Duli) 89-90 berpeluang untuk mengeratkan hubungan silaturahim sambil mengimbas kenangan persekolahan semasa Sambutan Raya Maktab Duli 89-90 yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong pada 20 Mei lalu.

    Majlis pertemuan para bekas pelajar berkenaan turut dimeriahkan dengan kehadiran bekas pelajar-pelajar Maktab Duli 88 dan 91 serta kehadiran mantan Timbalan Pengetua Maktab Duli, Haji Mahrub bin Haji Murni.

    Ia dihadiri oleh kira-kira 77 orang bekas pelajar di mana sebahagian daripada mereka baru bersua setelah berpisah kira-kira 30 tahun setelah menamatkan pengajian di Maktab Duli dahulu.

    Majlis diserikan dengan dendangan beberapa buah lagu serta penyingkapan kembali kisah semasa menuntut di Maktab Duli oleh juruacara DJ Deen yang merupakan salah seorang mantan pelajar maktab berkenaan tahun 1988-1990 bagi memeriahkan lagi suasana.

    Beliau turut mengongsi mengenai kenangan manis dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang menuntut di Maktab Duli yang dicoret olehnya sebagai MD 89-90 Wonder Years.

    Para alumni lelaki Maktab Duli bergambar ramai pada majlis yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong. – Gambar serahan Maktab Duli 89-90

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...