Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Asian Supply Base rancang perluas saiz operasi

    LABUAN, 29 JAN – Cabang pelaburan kerajaan negeri Sabah, Asian Supply Base Sdn Bhd kini menumpukan pada perluasan operasi pangkalan untuk mengembangkan kapasitinya.

    Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa berkata sudah tiba masanya untuk syarikat yang berpangkalan di Labuan ini mengembangkan saiz operasi pangkalan sedia ada yang berkeluasan 139.61 hektar memandangkan statusnya sebagai hab logistik untuk industri minyak dan gas Labuan.

    “Saya optimis Asian Supply Base mempunyai rancangan pembangunan jangka panjang untuk terus membangunkan pangkalan itu bagi menampung keperluan yang kian meningkat daripada pemain industri.

    “PETRONAS telah memberikan sokongan dan pengiktirafan kepada komitmen dan usaha Asian Supply Base untuk menaik taraf kemudahan di pangkalan itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat prestasi syarikat itu hari ini.

    Yamani berkata pasukan pengurusan Asian Supply Base sedang berusaha untuk menyelesaikan urusan tanah dengan pihak berkuasa tempatan bagi pembesaran pangkalan operasi syarikat, berikutan nilai tanah di pulau ini secara relatifnya lebih tinggi dan terhad berbanding di negeri lain.

    “Asian Supply Base telah mengadakan kerjasama dengan Perbadanan Labuan sejak 2007, dan dengan hubungan yang baik, kami berharap perjanjian tanah untuk pembesaran itu dapat direalisasikan,” katanya.

    Pengerusi Asian Supply Base, Datuk Suhaili Abd Rahman berkata syarikat telah bersedia untuk melabur dalam usaha pembesaran itu dengan memberi tumpuan kepada meningkatkan kecekapan, kemudahan dan pengalaman pelanggan.

    “Kami telah berbincang mengenai rancangan pembesaran dan mengenal pasti tanah yang sesuai untuk pembesaran, ia kini terserah kepada kerajaan terutamanya pihak berkuasa tempatan untuk membantu memudahkan urusan tanah itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...