Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Australia catat inflasi tertinggi pada 5.1 peratus

    SYDNEY, 27 APRIL – Kadar inflasi tahunan Australia mencecah 5.1 peratus dalam suku Mac, tahap tertinggi dicatat sejak 2001, menurut data rasmi yang dikeluarkan hari ini.

    Kenaikan dalam harga pengguna – didorong oleh kos bahan api dan perumahan – adalah lebih tinggi daripada jangkaan penganalisis dan telah menambah spekulasi bahawa bank pusat Australia mungkin menaikkan kadar faedah seawal minggu depan.

    Ia akan menjadi langkah berani untuk Bank Simpanan Australia, yang tidak ingin dilihat menjejaskan kempen pilihan raya negara sekarang. Kali terakhir bank pusat Australia menaikkan kadar adalah semasa kempen pilihan raya pada 2007.

    Bagaimanapun, tekanan semakin meningkat selepas Amerika Syarikat, New Zealand dan Kanada menambah kadar masing-masing.

    Setiausaha Perbendaharaan Josh Frydenberg berkata hari ini kenaikan inflasi adalah berpunca daripada kejutan harga di luar kawalan kerajaan, termasuk isu rantaian bekalan disebabkan pandemik COVID dan serangan Rusia ke atas Ukraine. – AFP

    Penduduk membeli-belah di sebuah pasar di pinggir bandar barat Sydney kelmarin. Inflasi tahunan Australia mencecah 5.1 peratus dalam suku Mac, yang tertinggi dicatat sejak 2001. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...