Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Klinik Nasihat Undang-undang kembali diadakan secara fizikal

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 APRIL – Persatuan Undang-undang Negara Brunei Darussalam akan meneruskan kembali Klinik Nasihat Undang-undang secara fizikal pada 30 April depan bermula pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari di Bangunan Undang-undang dan Mahkamah Rendah, Batu Satu.

    Klinik berkenaan bertujuan untuk mempromosikan nasihat undang-undang percuma kepada orang ramai yang mempunyai kapasiti pendapatan terhad, tidak dapat dan/atau terkekang untuk mendapatkan bantuan tersebut.

    Ia akan diberikan atas dasar yang dahulu didahulukan di mana orang awam yang berhak tidak boleh diwakili oleh mana-mana firma guaman, menyediakan salinan kad pengenalan Brunei terkini dan bukti alamat kediaman semasa serta mempunyai pendapatan atau elaun kurang daripada $1,500 sebulan.

    Orang ramai yang bercadang untuk menghadiri klinik tersebut juga dinasihatkan untuk melakukan ujian pantas antigen (ART) terlebih dahulu, dengan bukti akan dikemukakan sebagai sebahagian daripada protokol kesihatan semasa berada di kawasan mahkamah.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...