Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Australia gesa Myanmar bebas tahanan ahli ekonomi

    SYDNEY, 6 FEB – Menteri Luar Negeri Australia hari ini menggesa ‘pembebasan segera’ ahli ekonomi, Sean Turnell, yang telah ditahan oleh junta tentera Myanmar sejak tahun lalu.

    Turnell, seorang profesor ekonomi Australia, yang bekerja sebagai penasihat kepada pemimpin awam, Aung San Suu Kyi semasa ditangkap Februari tahun lalu, beberapa hari selepas rampasan kuasa.

    Dia didakwa kerana melanggar undang-undang rahsia Myanmar dan berdepan hukuman maksimum penjara 14 tahun jika didapati bersalah.

    “Penahanan Profesor Turnell adalah tidak adil dan kami menolak pertuduhan ke atasnya,” kata Menteri Luar Negeri Australia, Marise Payne dalam satu kenyataan.

    “Kami sekali lagi menggesa pembebasan segera Profesor Turnell,” katanya.

    Kumpulan hak asasi kemanusiaan telah membangkitkan kebimbangan tentang pendakwaan Turnell, terutamanya selepas kedutaan Australia tidak diberikan akses kepada perbicaraan di mahkamah pada September. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...