Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Australia kecam komen bekas menteri pertahanan

    SYDNEY, 9 JUN – Kerajaan Australia mengecam komen ‘kurang tepat’ bekas menteri pertahanan hari ini, selepas dia mendedahkan rancangan sensitif untuk membeli kapal selam berkuasa nuklear Amerika Syarikat (AS) daripada sebaliknya, Britain.

    Peter Dutton, yang meletak jawatan sebagai menteri pertahanan beberapa minggu lalu selepas gabungan konservatifnya gagal dalam pilihan raya, mendedahkan rancangan rahsia sebelumnya untuk memilih kapal selam kelas Virginia, AS.

    Projek berbilion dolar itu adalah teras usaha Australia untuk memperkukuhkan pertahanannya semasa berdepan dengan China.

    Komen daripada Dutton itu, yang kini pemimpin pembangkang, telah ‘merosakkan kepentingan nasional Australia’, kata menteri pertahanan baharu dan timbalan perdana menteri, Richard Marles.

    “Kerajaan belum lagi membuat keputusan tentang kapal selam. Semua pilihan masih lagi dalam perbincangan,” katanya dalam satu kenyataan yang dihantar kepada AFP.

    Dalam akhbar The Australian, Dutton menulis yang dia telah merancang untuk membeli dua kapal selam Virginia dari AS menjelang 2030 dan membina lapan lagi bagi membawa jumlah kekuatan armada kepada 10.

    Dia mengatakan ia menjadi ‘jelas’ kepadanya sebagai menteri pertahanan bahawa kapal selam AS adalah pilihan terbaik, dalam satu artikel yang bertujuan untuk menekan kerajaan baharu untuk mengikuti rancangannya. – AFP

    Peter Dutton. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...