Sunday, March 26, 2023
27.2 C
Brunei

-

Badan Tanmiah urus 163 aset MUIB

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 MAC – Fungsi dan inisiatif Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) menjadi perhatian oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Salleh bin Haji Othman pada hari ke-11 sesi permesyuaratan MMN di Dewan Majlis, hari ini.

Selain itu, Yang Berhormat Awang Salleh turut mengemukakan beberapa jumlah aset hartanah yang diurus tadbir.

Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman seterusnya menjelaskan, Badan Tanmiah ialah badan pengembangan harta MUIB yang diberikan modal untuk dikembangkan.

Manakala, aset harta yang ditadbir oleh MUIB, dianggarkan sebanyak 163 unit di 19 lokasi yang mana ia mengandungi bangunan perumahan dan perniagaan.

Daripada jumlah itu, tambahnya, sebanyak 141 unit terletak di Daerah Brunei dan Muara manakala yang selebihnya berada di Daerah Tutong dan juga di Daerah Belait.

Yang Berhormat Pehin seterusnya menjelaskan, dalam dua tahun terakhir, Badan Tanmiah telah diputuskan oleh majlis untuk meluaskan lagi operasi pelaburannya daripada bidang hartanah kepada perniagaan dan sebagainya.

“Pada masa ini Badan Tanmiah menumpukan kepada jenis-jenis tanah untuk dikembangkan iaitu tanah wakaf dan tanah yang bukan wakaf,” jelasnya.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Xi jemput Sanchez adakan lawatan negara

MADRID, 24 MAC - Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez telah menerima jemputan daripada Presiden China, Xi Jinping untuk membuat lawatan negara ke Beijing ketika...
- Advertisment -