Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Sekolah IQRA rai HK39

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 MAC – Sekolah Rendah IQRA tidak ketinggalan menyemarakkan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-39 dengan majlis sambutan di sekolah berkenaan.

    Kira-kira 100 pelajar memakai pakaian kebangsaan berwarna-warni menyertai acara berkenaan yang diadakan di perkarangan sekolah di mana para pelajar mengibarkan bendera Brunei untuk menanam semangat patriotisme dan nasionalisme.

    Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan, Allah Peliharakan Sultan dan diteruskan dengan perbarisan lalu yang diketuai oleh salah seorang guru, Awang Mohd Safwan Yani bin Ahmad Yani.

    Acara diteruskan dengan ikrar Hari Kebangsaan yang diketuai oleh pelajar Tahun 5 Fiddhi, Awang Abdul Halim Mahmood bin Haji Mostapha, bersama para pelajar Tahun 5 dan 6.

    Turut hadir ialah Guru Besar Sekolah IQRA, Hajah Norliha binti Haji Matali serta guru-guru.

    Acara kemuncak adalah lagu-lagu patriotik yang dibawakan oleh setiap peringkat tadika, rendah dan atas di Sekolah Rendah IQRA, sebelum ditutup dengan laungan takbir “Allahhu Akbar” yang diketuai oleh Awang Abdul Halim Mahmood.

    Antara pelajar yang mengikuti majlis sambutan berkenaan. – Gambar serahan Sekolah IQRA

    Antara pelajar yang mengikuti majlis sambutan berkenaan. – Gambar serahan Sekolah IQRA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...