Tuesday, May 7, 2024
25.6 C
Brunei

    -

    Baiduri akhiri inisiatif amal Ramadan

    Oleh Nurdiyanah R.
    Gambar serahan Bank Baiduri

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 APRIL – Susulan kejayaan acara membeli-belah dan berbuka puasa untuk golongan keluarga kurang bernasib baik yang menetap di tiga daerah yang lain, Bank

    Baiduri telah meneruskan lagi inisiatif Let’s Give Back This Ramadan bagi sesi terakhirnya pada tahun ini untuk Daerah Brunei dan Muara, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Baiduri, hari ini, para sukarelawan bank berkenaan telah membantu membelikan barangan keperluan harian dan asasi bagi 20 buah keluarga yang kurang berkemampuan di Gedung Membeli-belah Hua Ho, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan).

    Golongan keluarga berkenaan telah dikenal pasti melalui kerjasama Kementerian Pendidikan manakala Setia Motors Sdn Bhd turut menjadi rakan kongsi logistik khususnya dari segi bantuan menjemput keluarga-keluarga berkenaan dari rumah dan menghantar mereka pulang pada akhir acara.

    Hadir menyaksikan pelaksanaan inisiatif berkenaan ialah Ketua Pegawai Eksekutif Bank Baiduri, Ti Eng Hui yang antara lain berkata bahawa kepentingan memberi kembali kepada ma-syarakat dan menyokong mereka yang memerlukan merupakan inisiatif seluruh kumpulan bank tersebut di mana bulan Ramadan adalah masa untuk muhasabah dan memberi kembali.

    Turut hadir dari bank berkenaan ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan Perniagaan), Pengiran Azaleen PD Haji Mustapha; Ketua Kumpulan Sumber Manusia dan Pentadbiran, Veronica Chong; Ketua Kumpulan Perbendaharaan dan Institusi Perbankan, Awangku Nor Muhammad Nizam bin Pengiran Haji Tengah; Ketua Perbankan Runcit, Lim Kian Chiong; Ketua Kumpulan Pengurusan Pemulihan Aset, Yvonne Chan; dan Ketua Audit Dalaman, Stephen Nelson.

    Sementara itu, Pengurus Besar Setia Motors, James Chin, bagi mewakili syarikat berkenaan turut merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada pihak bank atas peluang itu untuk menjadi rakan kongsi logistik acara berkenaan pada tahun ini.

    Sejurus aktiviti membeli-belah, acara telah diakhiri dengan bersungkai di Tarindak D’Seni bersama keluarga, ahli pengurusan kanan dari Bank Baiduri dan Setia Motors.

    Kakitangan Bank Baiduri membantu keluarga membeli-belah di Gedung Membeli-belah Hua Ho, Kompleks Yayasan.
    Awangku Nor Muhammad Nizam menyampaikan sumbangan daripada kakitangan.
    Ti Eng Hui bersama salah sebuah keluarga terpilih.
    Veronica Chong menyampaikan sumbangan kakitangan kepada kanak-kanak salah sebuah keluarga.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...