Tuesday, May 7, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    22 anak yatim terima sumbangan

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 21 APRIL – Seramai 22 orang anak yatim dari kawasan sekitar Lumut menerima sumbangan pada majlis anjuran Majlis Perundingan Kampung (MPK) Lumut II dan Rancangan Perumahan Negara (RPN) Lumut.

    Hadir pada majlis tersebut ialah Pemangku Ketua Kampung Lumut II, Haji Khairdon bin Haji Dahlan dan Pemangku Ketua Kampung RPN Lumut, Awang Salleh bin Haji Bujang.

    Sumbangan yang disalurkan bertujuan untuk membantu meringankan beban anak-anak yatim tersebut sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

    Haji Khairdon bergambar ramai bersama anak-anak yatim semasa majlis tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...