Wednesday, May 1, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Bantu tambah bekalan darah

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JAN – Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) memerlukan semua jenis darah dengan segera memandangkan tahap bekalan darah di hospital berkenaan masih di tahap yang rendah.

    Sehubungan itu, bagi membantu meningkatkan stok bekalan darah orang ramai dialu-alukan untuk menderma darah dengan berkunjung ke Pusat Pendermaan Darah, Hospital RIPAS bermula 8 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:30 petang hingga 3:30 petang pada waktu bekerja.

    Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan turut memaklumkan bahawa kempen-kempen derma darah juga akan diadakan di beberapa lokasi bermula esok di tempat pengambilan
    darah, Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong bermula 1:30 petang hingga 3:30 petang.

    Pada 31 Januari, kempen akan diadakan di Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampus Agro-Teknologi, Kampung Wasan anjuran kampus berkenaan, diikuti pada 1 Februari di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kampung Pandan, Kuala Belait anjuran perpustakaan berkenaan, yang mana masing-masing akan bermula dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari.

    Kempen seterusnya diadakan di Dewan Multaqa, Lantai Bawah, Bangunan Tambahan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Jalan Dewan Majlis, anjuran KHEU pada 2 Februari dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari.

    Ini diikuti pada 4 Februari di Stadium Hassanal Bolkiah, Ibu Pejabat Polis, Gadong anjuran Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI) dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari.

    Tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen-kempen tersebut adalah sangat digalakkan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...