Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Barcelona tuan rumah MWC hingga 2030

    BARCELONA, ​​27 JUN – Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) iaitu perhimpunan tahunan terbesar industri telekomunikasi akan diadakan di Barcelona sehingga 2030 sekali gus melanjutkan kontrak semasanya kepada enam tahun, kata penganjur kongres itu kelmarin.

    Acara itu, yang menarik lebih 100,000 orang ke Barcelona, ​​telah diadakan di bandar kedua terbesar di Sepanyol itu sejak 2006.

    Perjanjian sedia ada antara persatuan GSMA yang menjadi tuan rumah kongres dan pihak berkuasa tempatan berlangsung sehingga 2024.

    “Kami sangat teruja untuk mengumumkan bahawa MWC akan kekal di Barcelona sehingga 2030,” kata ketua pengarah GSMA , Mats Granryd dalam satu kenyataan.

    Perhimpunan itu juga merupakan salah satu acara pertama yang dibatalkan pada tahun 2020 disebabkan pandemik COVID. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...